0845. 310318.
Tajuk post kali ni bersempena dengan minggu terakhir kerja as PSH dekat office ibu.
Disebabkan minggu tu jugak week last untuk pendaftaran SPM ulangan, the office was super hectic with candidates yang nak daftar untuk repeat few papers and PARENTS yang bertungkus lumus datang instead of their children.
Jadi, main lesson yang aku belajar sepanjang minggu ini adalah:
Sepanjang minggu aku jaga kaunter semakan SPM haritu, macam macam jenis parents yang aku jumpa susah payah datang ke office nak daftarkan repeat paper anak diorang. Dari melayu sampai lah ke chinese and indian. Too many parents sahaja yang datang sampai satu tahap rasa nak nangis. Nak nangis sebab ada yang parents tolong datangkan sebab anak tengah belajar oversea pastu tetiba requirement dalam SPM tak berapa cukup, ada yang anak tengah kerja, etc.
Their effort buat aku tersentuh sangat. Macam biasa parents always want the best for us. Walaupun terpaksa bersusah payah ulang alik dari office nak kena pergi pos laju pastu nak kena datang balik hantar etc. Dengan cuaca kejap panas terik kejap hujan lebat. Faham tak sedih nak mati kena tengok setiap hari for a week!!!
Paling sedih bila terjumpa sorang pakcik ni, dia agak sound trouble jadi kalau nak bercakap dengan dia macam terpaksa kuatkan sikit suara. Risau betul orang lain ingat kitorang marah dia ke apa. Susah doh nak kuatkan suara. Pastu makin rasa sedih bila pakcik tu tak cukup ambil borang jadi dia kena pergi balik kaunter pendaftaran beratur ambil borang pastu kena pergi balik pejabat pos nak beli wang pos pastu baru boleh submit. Sumpah teringat pakcik tu rasa nak nangis. Even when I'm typing about him right now. Dah lah pakcik tu macam bongkok sikit maybe sebab faktor usia. Dah lah baju pun obvious lusuh plus dia simpan semua borang dgn segala documents dalam plastik kedai runcit aje. Cryyyyyy.
After segala urusan pakcik tu settle dia cakap, "Minta maaf ye pakcik dah tak berapa dengar sangat. Terima kasih ye semua". Aku mampu senyum cakap, "Takpe pakcik takpee". Dont be sorry at all pakcik!! Time tu aku dah menangis dalam hati. Why so sad!!!!
Dear pakcik's son. Please be good to your dad yang dah bertungkus lumus bersusah payah for your future.
Dear self, jangan lupa be good to ibu abah jugak for everything yang diorang dah korbankan untuk kebaikan diri aku sendiri.

No comments:
Post a Comment