Kasi throwback sikit cerita minggu lepas. Walaupun sedih tak dapat balik acu kahwin.
29 November 2014.
"One Day with The Children of Orang Asli"
CCLM -- 34 (termasuk yang kat tangga)
Yang pasti. Sampai sampai je, semua orang blur. Kerana apa?
Satu. Ada ke patut tok dalang tu haa sbenanya aku tak ingat ketua kampung orang asli panggil apa hahah. Ok sambung. Ada ke patut tok dalang tu suruh kitorang yang panggil sendiri semua kanak kanak. Yup panggil sendiri tu including gerak adik adik bangun tidur. (Tok Batin weh bukan Tok Dalang)
Dua. Tiba tiba muncul pak ustaz yang berdakwah secara bebas kat sana kasi dakwah sepatah dua kata kat kitorang yang baru lepas blur tak tahu nak buat camana. K takpe tak kisah pun.
Maka bertebaran lah kami ke pelosok kampung mencari kanak kanak yang sudah bangun mahupun yang sedang menonton Ben10. Maklumlah. Sabtu pagi kot. Banyak cerita kartun best best.
Adik beradik pertama yang berjaya di panggil, Adik Asmawi yang baju hitam (aku syak mak dia layan AF time Mawi World dulu) & yang baju merah tu haa aku lupa nama apa hahah nanti ah update balik kalau dah ingat. K dah ingat. Khairi.
Haa lepas dah kumpul kumpul mana yang ada tu, maka kami pun breakfast lah roti canai secara berjemaah. Yup. Kami datang bersama perut kosong termasuk lah adik adik ni. Bila kita tanya, dah breakfast?
"Belum"
"Dah. Makan biskut je"
Omoo sedih sangat. Nah hari ni kitorang belanja roti canai. Sila gembira. Sila.
Dah get ready duduk dalam bulatan, maka aku pun duduk lah sebelah sorang budak ni. Perut dah berbunyi ni. Makin berbunyi bila budak sebelah ni duk cubit roti canai masuk mulut. Haa jelas kelihatan muka tenung roti canai sampai tembus kat situ hahah.
Dan macam biasa lah sebelum makan mesti kena baca doa kan. Maka laju aku suruh budak sebelah ni jangan makan lagi.
"Eh dikk. Baca doa sesama dulu"
"Saya kristian ah kak"
Oh okay sila makan.
Bila disembang sembang baru tahu nama dia Luis. Bukan nya Luqman mahupun Lu yang lain dalam nama Islam. Okayy.
Mungkin lepas si ibu mahupun si bapa yang lain lain tahu ada makan free untuk budak budak, maka ramai lah kanak kanak yang turun lepas tu. Ramai sampai habis jua semua roti canai. Tepuk tangan sikit.
Kecik kecik je kan semua. Tolong lah makan bebanyak adik adik. Semoga membesar dengan sihat lah hendaknya.
Agak agak semua dah tak perut kosong dah boleh aktif kan diri memasing. Kita PAPAYA DANCE lah se das hahah. Kasi longgar skru kaki tangan kang ada yang cramp tetiba pulak kang payah pulak nak keluarkan ilmu PBSM zaman sekolah yang kuat ponteng time COCO ni.
Time main bowling botol air. Lawak sangat si adik ketiga Mawi nama Adam. Dia orang first yang berjaya jatuh kan semua botol. Muka puas hati dia tu memang buat semua orang ketawa. Comel sangat muka determined dia.
Pastu budak budak ni main bola sepak tapi time tu aku sendiri tak ingat aku tengah buat apa.
Cari gula gula dalam tepung.
And finally pertandingan melukis mewarna.
Time semua adik adik ni duk melukis apa semua. Ada sorang adik kecik ni dia pegang crayon sebatang dengan kertas kosong. Maka aku pun duduk lah dengan adik ni.
"Kenapa tak lukis apa apa?"
"Tak pandai"
"Meh akak ajar camana nak lukis bunga"
Aku suruh dia pegang tangan aku sambil aku lukis kan bunga yang mudah mudah je. Lepas aku lepas, aku suruh dia try lukis sendiri. Haa bijak nya cepat nya belajar. Tapi problem dia satu je lepas tu. Habis je lukis sekuntum bunga tu sendiri, dia dah tak lukis apa apa dah. Dengan alasan, tak pandai juga.
Tapi disebabkan kesian nak tinggal kan adik tu sensorang nak lukis tu tak pandai ini pun tak pandai. Yang pandai hanya sekuntum bunga berkelopak lima yang baru aku ajar 10 saat yang lalu, maka aku pun offer kan diri lah nak tolong lukis kan apa apa.
"Haa okay. Lagi adik nak akak lukis apa? Akak pandai lukis"
betapa riaknya aku waktu tu.
"Angry bird"
sebab suara perlahan sgt jadi aku suruh dia ulang lagi sekali.
"Apa dia? Kuat sikit dikk"
"Angry bird"
kuat senoktah lah suara nya daripada tadi.
Gulp.
Tapi yang paling kuat, suara akak yang jadi pemantau aktiviti kitorang time tu ketawa siap pukul pukul aku. Boleh pulak time aku tengah tanya adik tu, dia duduk sekaki.
"Haa cepat kakak lukis angry bird" ketawa tak henti.
Ceh gila.
Tolong lah tepuk tangan sikit pas tengok angry bird cuba cuba jaya aku hahah.
Tak lupa juga makan aiskrim secara berjemaah. Ais krim free of course. Penyampaian hadiah. Dan tangkap gambar secara berjemaah.
Dan akhir sekali, gotong royong sedikit sebanyak lepas semua adik adik dah balik rumah masing masing.
Walaupun muka dua kali ganda hitam sunburn apa semua, kepuasan tetap ada. Kalau takde, tak rajin lah nak cerita kan.
Walaupun sebenarnya sedih tak dapat balik acu kahwin, at least gembira sebab ada kat sini.
Berhikmah.