#32 Tiada Tajuk -- Part 1

170115. 1642.
 

"Kau ni degil betul lah Ju" Aman bersuara. Lengan Jue ditarik sebelum sempat gadis berusia 13 tahun itu mengikut kepala akalnya sendiri.

"Woi apa pegang pegang ni" Julia merentap kembali tangannya.

"Kau dah gila ke?"

"Bukan gila. Nafsu."

"Ini kerja gila lah nama nya." kerutan di dahi Aman yang tua dua tahun daripada Julia jelas kelihatan.

"Aku tak kira. Nafsu nak makan manggis aku ni daripada tahun lepas lagi tahu tak." kali ni suara Julia separa tinggi. Bukan senang dia nak dapat ikut ibu dan ayahnya pulang ke kampong. Lagi lagi musim buah buahan macam ni.

"Nafsu tak nafsu. Tapi ni salah." suara Aman kali ni lebih tinggi dari suara Julia sebentar tadi.

"But why? Manggis bukannya haram pun."

"Tapi pokok yang kau nak panjat ni bukan nya pokok atok kau. Ni pokok Tok Dalang."

Julia tercengang. Seriously ini bukan atok punya pokok? "Huh?"

"Tu lah dah nak dekat setahun lebih tak balik kampong sampai semua pokok manggis pun kau assume itu atok kau punya eh?"

"Habis tu dusun atok yang mana?"

"Kita tak sampai lagi lah." Aman tersengih.

"Habis yang kau berhenti berjalan tadi apehal? Aku ingatkan dah sampai." Julia mencekak pinggangnya. Cakap pusing pusing ah mamat ni. Tak kan setahun tak jumpa dah pandai cakap bahasa asing. Tak faham aku.

"No. Kita kena patah balik rumah Nek Mah" Nek Mah merupakan nenek kesayangan Aman. Aman sanggup menghabiskan sisa hidupnya di kampong semata untuk menjaga Nek Mah. Lagipun Aman memang di asuh oleh Nek Mah dari kecil. Seperti Julia di asuh oleh Nek Yam iaitu neneknya dari kecil. Yang membezakan mereka, sewaktu Julia berumur 10 tahun dia sudah tinggal semula di rumahnya di Ipoh sedang Aman meneruskan hidupnya di kampong sehingga kini.

"Eee kali ni kenapa pulak?" Julia sudah menarik muka masam. Ringan saja rasanya tangannya mahu mencapai mana mana batu yang terdekat lalu melastik Aman yang berada di hadapannya ini.

"Seliper aku putus haa. Camana nak jalan. Jom jom balik." Aman menarik lengan Julia buat kali kedua.

Dan buat kedua kalinya Julia merentap lengannya daripada pegangan Aman. "Tak boleh pegang lah gila. Degil."

Eh eh aku pulak yang degil. "Kalau taknak aku pegang tangan tu, jom patah balik" arah Aman.

"Manggis macamana?"

"Besok aku beli kan lah kat tepi jalan besar sana. Menggelabah nak manggis sangat pun apehal" macam Aman tak tahu manggis itu memang buah kegemaran Julia.

"Nanti kau suruh bayar balik siap interest. Macam aku taktau perangai kau."

Hahah Aman tergelak besar. Julia ingat lagi rupanya perangai Aman yang satu ini."Takkk" jawap Aman ringkas bersama sisa gelak nya yang masih berbaki.

Masing masing sudah melangkah patah balik ke rumah Nek Mah. Disebabkan malas nak berjalan terhinjut hinjut, Aman mengambil keputusan untuk pulang berkaki ayam.

* * * * * * * * * *

"Macamana boleh putuih hang punya selipa tu Man?" Tanya Nek Mah yang sedang asyik memberi makan pada anak anak ayam.

"Selipa pun dah lama nek" balas Aman yang baru tiba di rumah neneknya.

Seperti biasa, Julia amat gemar main kejar kejar dengan anak ayam Nek Mah. Comel katanya. Suruh pegang, takut. Habis bertebaran semua anak ayam yang dikejarnya. Nek Mah hanya mampu tersengih sambil menggeleng kepala. Perangaii.

"Hang toksah duk kacau anak ayam tu nak makan. Lambat besarnya nanti, lambat hang dapat makan Ju oii" Nek Mah tergelak.

"Bukan selalu nek. Besok dah kena masuk hostel balik" tangan Nek Mah disalamnya.

"Seronok duk asrama? Takdak pulak hang teghiak (nangis) nak balik rumah ke apa?" bekas di tangan Nek Mah diletaknya ke atas tangga.

"Nak teghiak apa nek. Macam tak biasa." kalau dah nak dekat 10 tahun duk kampong, memang dah takde dah rasa homesick tu. Rindu memang ada. Tapi takde lah macam setengah kawan kawannya yang baru masuk sekali hari tu. Time makan nangis, time mandi nangis, time semayang tu mungkin dia khusyuk lah kot kan. Tapi yang paling pelik, time nak tidur pun nangis. Penat haish kalau doplohpat jam pun nak nangis.

"Sejak masuk sekolah asrama ni nek. Hati batu dia skang" sindir Aman yang sudah duduk ditepi tangga bersama Nek Mah dan Julia.

"Woi manada." selipar biru cair kepunyaannya di campak ke Aman.

"Haa tengok nek. Bukan setakat hati batu. Perangai pun makin jantan." Aman mengadu domba pada Nek Mah.

Julia dah mula menjeling tajam ke arah Aman. Kuangasam ah budak ni. Mentang mentang lama tak jumpa, suka ye kau menganjing aku.

Nek Mah yang asyik duk perhati Julia dan Aman bergaduh cuma mampu tergelak. "Hangpa kawen lah besar nanti. Dari kecik duk bertekak ja dua dua nak menang haa"

Julia menunding jari ke arah Aman kemudian membuat aksi konon konon mahu termuntah. Aman tersengih lebar. "Ju, kalau umur kau dah 24 tapi takdak orang nak lagi kita kahwin jom."

Julia hanya mampu ketawa besar. Lagi 11 tahun kot Aman oii. Anything can happen lah during that time. Hingus kat hidung aku ni pun tak tau nak lap ke tidak. "Gila." balas Julia pendek.

"Aku betul betul ni" Julia ni cantik. Tak macam aku yang budak kampong ni. Memang mustahil lah sebenarnya yang dia tak kan tidak berpunya dalam tempoh 11 tahun akan datang ni.Tapi saja Aman mahu mencuba nasib. Kot berjodoh, tidak kemana orang kata.

"Kalau aku takde boyfriend lah ye time tu." kalau dah ada, sila menangis tak berlagu lah Aman oii, sambung Julia dalam hati.

"Okay deal."

"Deal"

Bersambung...