Cerita dia, dua bulan lepas pergi penang tapi sekarang baru rasa nak kongsi cerita pasal Penang dan segala isi nya yang lain.
Jumaat
Time tu beli tiket 11 plus plus pagi (tak ingat exact time). Tapi sebab train delay, sempat jugak lah dari platform 3 tu aku termenung tengok kuil yang menghadap station keretapi ipoh, tengok trail, tengok batu batu, tengok orang keliling, tengok auntie bawak bakul sayur, dan segala macam ragam lagi yang aku boleh tengok.
Dalam train, waktu dengar annoucement dia cakap sekarang dekat Bukit Mertajam, semangat aku whatsapp #RoommateOMU bagitahu aku dah nak dekat sampai sangatttt dengan harapan dah ada yang menyambut di station Butterworth bersama abe abe kompang di muka pintu train.
Tapi macam biasalah. Bila kau berjanji dengan wanita, kau perlu tahu bahawasanya wanita ini ada banyak sangat ragam dekat rumah yang nak disetelkan. Makanya, hampir sejam jugak lah aku terdampar dekat situ tak ada buat apa berbekalkan perut kosong lapar ya amat.
Long story short, maka sampai lah Auni dan Najah maka kami pun berjalan kaki menuju ke jeti untuk bertemu dengan Hanin yang dari aku dalam train lagi duk mengidam nak makan waffle di sebelah pulau. Woha!
Sebab dah malas nak bercerita, so let's straight to the point ke mana #RoommateOMU ni angkut aku bersiar siar!
1. Mee Sotong Padang Kota! Omnomnomnommm
Tadaaaaaaaa (gaya Rosanna Pansino). Tapi sebab aku suka mee rebus, so aku order mee rebus. Nyomnyomnyom!
(wajib credit gambar: Google Image (: )
2. Phantamaniaaaaaaa!
(wajib credit gambar: Google Image (: )
Lama jugak lah dalam ni. Main main main main, bergambar bergambar bergambar, tidur dekat Elsa punya bilik tidur ais, terhibur dengan segala itu ini semua mengalahkan budak budak and sejam plus plus after that baru keluar sebab dah lapar balik.
3. Jalan jalan tepi pantai sambil melakar memori di pepasir pantai. Pfft. Cliche.
4. Dinner dekat Restoran Kapitan.
This is exactly what I eat on that dayyyy (dasar perut melayu mesti nak nasi) while others are eating this.
(wajib credit gambar: Google Image (: )
After habis makan makan, maka hanin hantar kitorang balik pi jeti. Time tu dah nak dekat 10 lebih malam kalau tak silap. Lagi sekali almost sejam tersadai tunggu feri tidak kunjung tiba. Dah nak pukul 11 baru sampai. Ceh.
Shin. Lapar tiba tiba. Day 2 sambung next time. Bye!


