#5 Hujan

1600.


Tenung luar tingkap.
Kat sini hujan. Kat sana?
Tingkap yang dari tadi terbukak tak rasa pun nak tutup.
Walaupun terasa tempias nya.
Biarkan.
Sekurang kurangnya angin sejuk datang menyinggah.
Dingin.

Pandangan beralih pada past year math.
Susah.
Tak sangka sesusah ni.
Sesusah buat satu soalan lalu berdrama satu jam.
Serius.
Tak tipu.

Final dua puluh satu ogos ni.
Semoga dipermudahkan.
Semoga didoakan.

Bola mata kembali ke luar tingkap.
Makin lebat.
Tapi guruh satu pun tiada.
Mungkin belum lagi.
Sedap main electric ball kalau hujan macam ni.
Rindu empat puluh tujuh.
Electric ball dan hujan.
Nostalgic.

No comments:

Post a Comment