#6 Selesai

2140.


Bila suka. Semua benda pun boleh jadi mudah. Yang penting rasa suka tu perlu ada dulu. Percaya lah.


Selamat bercuti buat mereka yang dapat cuti dua minggu sebelum start sem baru. Buat diri sendiri, tabah lah dengan cuti seminggu anda.

#5 Hujan

1600.


Tenung luar tingkap.
Kat sini hujan. Kat sana?
Tingkap yang dari tadi terbukak tak rasa pun nak tutup.
Walaupun terasa tempias nya.
Biarkan.
Sekurang kurangnya angin sejuk datang menyinggah.
Dingin.

Pandangan beralih pada past year math.
Susah.
Tak sangka sesusah ni.
Sesusah buat satu soalan lalu berdrama satu jam.
Serius.
Tak tipu.

Final dua puluh satu ogos ni.
Semoga dipermudahkan.
Semoga didoakan.

Bola mata kembali ke luar tingkap.
Makin lebat.
Tapi guruh satu pun tiada.
Mungkin belum lagi.
Sedap main electric ball kalau hujan macam ni.
Rindu empat puluh tujuh.
Electric ball dan hujan.
Nostalgic.

#4 Redha

6 Ogos.


Sungguh.
Susah rupa nya nak redha ni walaupun dengan salah sendiri.
Tapi sila lah percaya setiap yang berlaku itu bersebab.
Sila.

p/s :: Entry hatigaram. Transfer ke sini macam lagi sesuai kot.

#3 Manusia

1523.


Manusia.
Semua nya punyai masa lampau yang ingin di padam.
Yang tak ingin di kenang.
Yang terasa bodoh nya diri ini.
Mungkin sudah berubah.
Mungkin sudah beralih dari takuk yang lama.
Tapi memori tidak mungkin bisa di padam.
Begitu juga memori mereka mereka yang turut serta.
Jangan di ingat kan apabila enggan di ingati.
Cukup sekadar lihat sebagai pengajaran.
Jangan di cemuh dengan tomahan.
Kerana manusia itu punyai hati.
Hati.
Hati yang ingin kan perubahan.
Jangan di bantutkan tekad yang sedia ada.
Tapi bantu lah dengan sokongan.
Biar bertatih dengan perlahan.
Asal beredar dari suram kegelapan.

-- KerusiBeca.

#2 Instinct


Tangan di bawa ke bawah kepala. Mata masih terkunci pada siling bilik. Hampir lima minit terbaring takdak buat apa. Nak sambung menyiapkan assignment dah tak lalu nak pandang. Haish. Lapar deh perut. Ajak Lia makan ah.

'Beb. Dah makan?' Send.

Jari jemari ligat mengetuk ngetuk meja belajar sambil menunggu text di reply.

'Diet'. Sepatah di reply.

Tangan laju mencari nama Lia di phonebook. Diet kejadah apa budak ni? Talian di sambung.

"Woi" tiada Hello Hello bila dah hampir 10 tahun berkawan sebagai perkataan pertama.
"Mende call tetiba?"
"Serius ke diet?"
"Kalau ya kenapa dan kalau tak kenapa?"
"Siot ah kalau kau betul betul diet."

Lia menjulingkan matanya lalu memandang softboard yang terlekat kemas di biliknya. Kedua dua belah tangan nya sibuk memakai pin di tudung. Sesekali membuka tutup loker mencari barang. Handphone yang dibiarnya loud speaker di abaikan. Biar nyah tu bebel sensorang. Cam mak datin.

"Woi aku tengah cakap ngan hang ni apa yang duk pumpangpumpang sangat kat sana tu?"
"Aku cari stokin kartun aku. Mana ntah semalam lipat tak ingat letak mana."
"Ko nak pi mana cari stokin?"
"Dating."
"Puih toksah nak membongak aku weh kau mana ada boyfriend pun"

Lia menjebik. Kuang asam betul.

"Aku nak pergi consult something dengan madam jap lah. Hak alah kepoh. Ingat balik nanti baru nak makan."
"Pergi naik apa ni?" acah acah caring.
"Motor. Bonceng lah tapi."

Motor? Tetiba muncul perasaan tak sedap di hati nya.

"Helmet ada?"
"Ada" beg sandang di capai. Zatul sebagai tukang bawak dah tunggu depan pintu bilik.
"Careful"
"Iya" tangan kanan sibuk menyarung kasut converse berwarna light blue sambil tangan kiri memegang handphone.
"Beb. Careful tau."
"Ee tau lah pondan. Cakap sekali sudah. Okay babaii"
"Baii. Eh jap. Dinner sama?"
"No prob."

Talian di mati kan.

"Caring gila Mat dekat kau" Zatul menyiku.
"Caring cam nenek kebayan ada ah. Mana motor?"

* * * * * * * * * *

Headphone berlagu Paradise oleh Coldplay hampir ke penghujung. Belum sempat minit terakhir tiba, laju headphone di campak ke atas katil. Kunci kereta yang tergantung di capai. Laju memecut ke arah utara campus.

Lia termenung di meja batu yang terletak di bawah pokok berhampiran campus nya. Nasi goreng dua bungkus masih di dalam plastik. Sesekali kepala nya bergerak gerak mengikut rentak Creep // Radiohead di balik headphone yang di pakai nya. Mata di tutup. Konon konon menghayati lagu. Sehingga lah tersedar apabila Mat mengetuk ngetuk headphonenya menggunakan jari telunjuk.

"Lama sampai?" Mat mengambil tempat di depan Lia.
"Baru je. Lama tunggu?" tangan Mat laju keluar kan polisterin nasi goreng dari plastik.
"Dak haih." sudu di hulur.
"Apesal awal sangat ajak makan hari ni? Matahari pun tak terbenam lagi." suapan pertama di masuk kan ke dalam mulut nya sendiri.
"Lapar."
"Lunch tak makan?"

Kepala di geleng sambil mengangkat bungkusan dari plastik dengan berhati hati. Mat mencuri pandang Lia. Apesal slow motion sangat budak ni hari ni? Selalu kalau tak lapar pun menyambar macam 10 hari kebulur. Sakit ke apa?

"Kau pehal?" 
"Mende?"
"Hek eleh cakap je lahh." sudu di tangan di letak seketika.
"Tadi lepas balik consult aku jatuh motor."

Mat terdiam. Fokus mendengar. Lia keluar kan tangan kiri nya yang dari tadi di biarkan di bawah meja. Kelihatan dua tiga kesan luka di tangan.

"Kan aku dah suruh careful. Degil. Mana lagi luka?" suara Mat tertinggi.
"Ni je lah. Sikit je"

Tengok tu duk membongak lagi gaya aku tak pernah jatuh motor.

"Lia" tegas.
"Siku luka jugak tapi lutut paling teruk. Luka dalam jugak lah." satu lagi suapan masuk ke dalam mulut. Ni malas bagitau ni. Membebel.

Mat menghembus nafas berat.

"Ni camana datang sini?"
"Ada orang papah."

Dingin. Tapi Lia seperti takde apa pun yang berlaku. Nasi goreng tomyam nya sudah tinggal separuh. Mata di jeling pada Mat yang masih tekun memandangnya. 

"Haish. Aku baru jatuh motor. Tak payah ah tenung aku gaya macam aku sakit cancer."

Mat tergelak.

"Aku risau lah gila. Kau kan member aku dari kecik. Apodahh."
"Depa cakap, habis lah harga hantaran kurang sebab berparut jatuh motor. Kurengg gila."

Lia cuba menghiburkan suasana. Mat tergelak besar.

"Huntong lah aku" Mat tersengih sambil menyambung suapan nya yang terhenti tadi.
"Apa pulak untung hang. Untung laki aku nanti ahh. Puihhh."
"Hek eleh juai mahai hang tu."
"Bukan ahh."
"Habis?"
"Aku taknak laki kuat bebel. Cam hang."

Makin galak budak dua ekor ni bergelak ketawa hampir tak sedar jam dah nak dekat pukul tujuh malam. Astaghfirullah. Teruk haih perangai.




#1 Pertama

1504.


Coretan pertama. Tapi bukan pada malam hari. Blog kedua selepas blog personal. Blog kedua yang bakal menjadi pusat penghabisan sisa sisa insomnia di malam hari. Dan mungkin waktu waktu lain selain malam hari.