#80 SomNote

1307. 210218.

So recently time aku duk godek godek note apps yang ada dekat playstore, aku terjumpa satu apps yang sangat sesuai untuk orang yang malas bukak laptop tapi nak menulis macam aku. Its called, SomNote. 

Bagi aku, apa yang best pasal SomNote ni. First, tulisan untuk note dia tak besar sangat so macam tak annoying sangat sebab macam justtt niceee. Nak tengok pun tak menyampah sebab bila tulisan besar besar maksudnya kita kena scroll banyak kali. Aku terlampau tak suka kalau kena scroll banyak kali lol. Haa faham tak maksud aku tulisan besar kena scroll banyak kali? Luls.

Lepas tu kita boleh simpan note by folder which leads to what I'm gonna do today. Sejak aku separate kan note aku dalam apps ni, apa yang aku tulis dalam blog pun aku rasa nak kategorikan. Tak semua post lah sebab tak semua penting and significant. Mungkin start from hari ni punya post.

Pastu macam biasa lah bila benda dah ada kat tangan. Time feel nak menulis tu sampai, automatik boleh terus start menulis. Kadang kadang bila feel menulis sampai tapi aku yang duk postponed idea sebab malas bukak laptop or draft, sampai satu tahap aku buang balik semua idea yang dah ada tu. Lol.

Finally apa yang best, dia boleh simpan notes kita dekat cloud. Which also means semua yang aku dah tulis dekat notes, aku tinggal copy paste masuk blog je haa mudah kan hidup hoyeah! Dia bagi 1gb aje tapi cukup lah kan. Pas update blog, aku delete lah balik notes tu. 


K lah itu je. Lain lain features sila godek sendiri. Bye.

p/s: Cuak nak interview kerja omonaaa


#79 Achievement Unlock Level 1

140218. 1341.

Aku terlampau patut consider ini sebagai achievement unlock level 1 herherher. Last week aku first time memasak. First time ever start masak dari mula sampai habis. Dari perap ayam sampai hidang atas meja. Bangga kejap. 

Takde lah susah mana masak ni cuma aku freak out jugak lah time goreng ayam luls. Bab menggoreng memang lambat sikit lah nak maju. Dgn memondan takut minyak terpercik lah apa lah. Ini semua gara gara goreng kopok lekor time sekolah pastu kopok lekor asyik meletup dalam kuali. Takut gila teringat.

So here's the first recipe yang aku cuba. Aku memang ikut sejibik resepi dalam video cuma aku double kan portion. Pat tengok mudah kannnn.


Cuma yang luls nya, time perap ayam aku terletak lebih gula. TERLEBIH yang agak BERLEBIHAN sebenarnya. Jadi time goreng tu ayam aku terjadi hitam. Bukan sebab hangit tapi sebab gula tu dah jadi caramel. Sumpah tak pahit hangit (nak jugak menang lol). So kengkawan jangan terlebih gula hokey, kalau tak nanti presentation tak cantik cedih jap.

p/s: Masih seorang job hunter. Sakit jugak jadi job hunter. Nampak sangat hidup sekrang tak boleh memilih bila tengok job yang apply tu ada beratus lagi applicants. I'm so dead. Semoga ada rezeki. Doakan.