Thanks 2016 dan seisinya untuk satu tahun yang mematangkan diri ini.
#72 Last
2250. 111116.
Finally. Aku betul betul dapat solid evidence yang kukuh untuk aku lepas kan belon yang dah lama aku pegang erat untuk terbang tinggi.
Bye.
#71 Oh My Penang : Farewell Day
1448. 261016.
Okay tadi aku kata nak curi 10 minit je kan. Hakikatnya, aku dah tercuri almost sejam. Omoo tini next week exam kottt!
Tapi disebabkan aku dah janji dengan diri sendiri nak habiskan entry Oh My Penang before pergi Melaka, so here we are at the final entry of Oh My Penang. Tepuk tangan sikit.
Sabtu (Malam)
After balik Escape, kitorang merempat dekat rumah kakak Auni belah pulau. Malam tu kakak Auni bawak pergi makan burgerrrr. Nyomnyomnyomm.
Patutnya nak pergi main laser tag. Tapi disebabkan kondisi semua orang nampak macam parah semacam je after balik escape, terus tak jadi gi main hahaha.
Patutnya nak pergi main laser tag. Tapi disebabkan kondisi semua orang nampak macam parah semacam je after balik escape, terus tak jadi gi main hahaha.
Ahad
So pagi ahad tu, kitorang pulak yang tunggu Najah dekat Jeti.
Opp kejapp. Lupa nak bagitahu. Sabtu tu Najah tak ikut sebab kena pergi Fiqh Wanita. Alhamdulillah ustazah Najah! So ahad baru dapat jumpa Najah balik. Weehuu! Tapi sedih takdak Hanin. Tak cukup ahli #RoommateOMU
After ambik Najah, kitorang pergi breakfast dekat mana entah tak kesah. Yang pasti time tu sumpah aku rasa macam kat Kelantan sebab pagi pagi dah makan nasi tomato. Nyumnyumnyum. Iolls memang tak boleh lepaskan nasi tomato selagi ada peluang. Breakfast pun breakfast lah.
After that, kami pun bergerak ke Penang Hill! Poonnn pooonnnn!
Disebabkan time tu macam hujan rintik rintik. So dekat atas berkabus sangatttt.
Nope. Kitorang tak dapat view macam ni. Kitorang nampak kabus je hahaha. Rasa macam dedulu pergi time lawatan sekolah pun nampak kabus je. I got no luck lah here.
Tapiii i got thissss.
MANGO ICE! Nyomnyomnyomm. (Sorry Hanin ^^v)
Hanin yang semangat ajak pergi makan mango ice. Tapi alih alih makcik tu pulak yang demam luls.
After dah penat berhibur dekat penang hill. Duk menganjing itu ini time dekat tempat keychain nama nama dan segala, maka kami pun turun dari penang hill dan terus balik rumah Auni. Mak dia masak kaki ayam wehh. Haa sedap nya kaki ayam dengan tengkuk ayam.
After berehat rehat sekejap, maka diorang pun hantar aku ke Butterworth Station.
Tamattttt. Yeay dah boleh sambung baca ADAIS. Uhuks.
#70 Oh My Penang : Escape-Day
1347. 261016.
Sebab tak larat nak baca ADAIS, banyak sangat. Jadi terpaksa curi 10 minit nak sambung cerita pasal Day 2 dekat Penang.
Sabtu
Perjalanan kami pagi pagi macam biasa lah naik feri pergi sebelah pulau. Janji pukul 8 tapi pukul 10 baru sampai sana. Semua terlajak tidur sebab semalam penat sangat berlibur. So after Hanin kutip kami dekat jeti, maka kami pun bertolak lah ke ESCAPE. Woha!
Oh ye. Sebab sepanjang hari dekat Escape ni kitorang tak pegang handphone, so gambar semua kita google je ^^v
1. Agak hilang akal jugak lah sebab benda pertama yang kitorang main adalah...*drumroll sikek*... FLYING LEMUR!
Ku sangka kan hebat, rupa nya aku pun sama je pondan macam Auni luls. Hanin dengan Alia (adik Auni) hebat sangat. Tak gentar pun huuuaahhh.
Bad luck #1 :: Time terbang dekat tali yang second last, entah macamana aku boleh terpatah balik ke tengah. Tak pasal 5 minit tergantung tunggu penyelamat. Lenguh pulak tu sebab asyik kena pegang tali. Cis betul.
2. Tanpa pegang apa apa BALANCE BEAM!
Okay tak. Yang ini kitorang tak main. Alia je yang berani cuba. Luls
3. Its Tarzan's time. JUNGLE SWINGER!
Yang ini semua main kecuali Auni. Rasa nak tercabut nyawa jugak lah the moment aku melompat turun dari platform tu. Dah lama baru rasa macam Tarzan nak pergi selamatkan Jane.
Okay tipu. Sebenarnya aku takut sangat sampai takut nak lepaskan tali tempat aku tergantung. Waktu orang tu campak tali nak tarik ke tepi pun aku takut nak lepaskan tali tu.
Bad luck #2 :: Disebabkan aku terlampau takut nak tarik tali yang bawa aku ke tepi, aku suruh adik yang jaga tu yang tarik kan. The moment kaki aku dah hampir sampai tepi tu, dengan sengaja nya dia lepaskan tali yang dia pegang. Maka, terhayun hayun lah balik aku dekat situ sambil menyumpah seranah adik si penjaga tempat tarzan tu. Dasar!
4. Okay yang ini yang paling aku suka. ATAN'S LEAP!
Tapi paling kelakar time Auni dengan Alia turun. Sampai sampai terus terduduk dekat tanah hahah. Lemah lutut mungkin.
Bad luck #3 :: Time aku mula mula turun, entah dengki ke apa, Storage Auni tibe tiba full. Maka, terpaksa aku naik lagi sekali sebab nak jugak di rakamkan saat ketika turun.
Nasib baik suka (dan bagi aku, yang ni paling tak takut. Cuma penat nak memanjat ke atas)!
5. Tak suka A-MAZE!
How can adik ni senyum? Aku asyik nak menyumpah je time dalam ni. Urgh.
Sebab dia sempit dan terlampau gelap (dan aku sememangnya sangat tak suka tempat gelap & sempit). Takde topi lampu. Dia bagi torch light kecik je. So bila tak nampak dan tak tahu nak pergi mana tu memang rasa geram sangat. Eee tak sukaaaa!
6. Sumpah ni paling awesome. KITE FLYERS!
Tapi kalau nak naik lagi sekali, aku memang perlukan orang seperti Hanin di sisi sebab aku terlampau pondan nak tarik tali berlepas tu. Gosh. Cuba bayangkan kalau aku dengan Auni naik sekali. Sampai besok lah dua dua tergantung sebab takut nak tarik tali tu.
The moment Hanin tarik tali tu, sumpah jantung macam nak tercabut time hayunan pertama. Dia punya menjerit macam boleh terpecah pita suara. Tapi lepas tu baru boleh rasa seronoknya terbanggggg. Ottokeeee nak naik lagiiii.
7. Yang paling hambar. 3 SIXTY!
Terlampau hambar hahah. Tapi okay lah. Takde lah nak main semua benda yang asyik rasa nak tercabut jantung je.
8. Vroom vroom. TUBBY RACER!
After dia letak minyak dekat bawah pelampung tu. Sumpah pelampung tu laju gilaaaaa. Dengan asyik terlompat lompat. Asyik ke kiri lah ke kanan lah. Sumpah habis je main, aku pening teruk.
After kita duduk atas pelampung, orang yang jaga tu akan tolong tolak kan pelampung kita turun dari platform. Time dia tolak yang lain, sihat je semua orang menghadap depan. Jatuh pun, jatuh ke depan je semua.
Bad luck #4 :: The moment dia tolak aku, dia terbalik kan pelampung aku so that aku akan terjatuh yang macam terbaring ke belakang. Itu lah sebenarnya punca utama aku pening after main ni. Sekian.
9. Yang Auni & Alia je yang main. GECKO TOWER!
Aku tak main ni sebab time tu aku tengah pergi melompat dekat Atan's Leap lagi sekali hahah.
Apa yang pasti, Escape best sangat. Sebab tiba tiba hujan, kitorang tak dapat nak sambung main Monkey Business. Dan disebabkan kitorang bayar harga full (sebab walk-in), so target kitorang memang nak kena main atleast 8 games to make our money worth bayar time masuk luls.
And at the end of the day, aku muntah dekat tepi jalan sebab pening sangat after main tubby racer tu. Hanin lagi teruk. Demam terus hahaha.
#69 Oh My Penang : Day 1
2134. 161016.
Jumaat
1. Mee Sotong Padang Kota! Omnomnomnommm
Cerita dia, dua bulan lepas pergi penang tapi sekarang baru rasa nak kongsi cerita pasal Penang dan segala isi nya yang lain.
Jumaat
Time tu beli tiket 11 plus plus pagi (tak ingat exact time). Tapi sebab train delay, sempat jugak lah dari platform 3 tu aku termenung tengok kuil yang menghadap station keretapi ipoh, tengok trail, tengok batu batu, tengok orang keliling, tengok auntie bawak bakul sayur, dan segala macam ragam lagi yang aku boleh tengok.
Dalam train, waktu dengar annoucement dia cakap sekarang dekat Bukit Mertajam, semangat aku whatsapp #RoommateOMU bagitahu aku dah nak dekat sampai sangatttt dengan harapan dah ada yang menyambut di station Butterworth bersama abe abe kompang di muka pintu train.
Tapi macam biasalah. Bila kau berjanji dengan wanita, kau perlu tahu bahawasanya wanita ini ada banyak sangat ragam dekat rumah yang nak disetelkan. Makanya, hampir sejam jugak lah aku terdampar dekat situ tak ada buat apa berbekalkan perut kosong lapar ya amat.
Long story short, maka sampai lah Auni dan Najah maka kami pun berjalan kaki menuju ke jeti untuk bertemu dengan Hanin yang dari aku dalam train lagi duk mengidam nak makan waffle di sebelah pulau. Woha!
Sebab dah malas nak bercerita, so let's straight to the point ke mana #RoommateOMU ni angkut aku bersiar siar!
1. Mee Sotong Padang Kota! Omnomnomnommm
Tadaaaaaaaa (gaya Rosanna Pansino). Tapi sebab aku suka mee rebus, so aku order mee rebus. Nyomnyomnyom!
(wajib credit gambar: Google Image (: )
2. Phantamaniaaaaaaa!
(wajib credit gambar: Google Image (: )
Lama jugak lah dalam ni. Main main main main, bergambar bergambar bergambar, tidur dekat Elsa punya bilik tidur ais, terhibur dengan segala itu ini semua mengalahkan budak budak and sejam plus plus after that baru keluar sebab dah lapar balik.
3. Jalan jalan tepi pantai sambil melakar memori di pepasir pantai. Pfft. Cliche.
4. Dinner dekat Restoran Kapitan.
This is exactly what I eat on that dayyyy (dasar perut melayu mesti nak nasi) while others are eating this.
(wajib credit gambar: Google Image (: )
After habis makan makan, maka hanin hantar kitorang balik pi jeti. Time tu dah nak dekat 10 lebih malam kalau tak silap. Lagi sekali almost sejam tersadai tunggu feri tidak kunjung tiba. Dah nak pukul 11 baru sampai. Ceh.
Shin. Lapar tiba tiba. Day 2 sambung next time. Bye!
#68 Azam
0003. 220916.
Sebab #Misi1Entry1Bulan (baru kasi nama. hiks) ni je satu satu nya azam aku yang paling konsisten mengalahkan azam jangan study last minit setiap sem, maka terima lah 'entry' malam ni.
Takde lah azam sangat #Misi1Entry1Bulan ni. Lebih kepada tak nak kasi lupa password email lama je sebenarnya luls.
A week left and kemarilah dikau semangat diri sendiri.
#66 Same Balloon
2320. 030816.
Kerana empat bulan lepas, aku bicara mahu melepaskan.
Tapi obvious sangat aku masih berpegang pada belon yang sama walaupun sebanyak mana aku cuba deny-kan dekat orang lain. Cuma kadang kadang bila aku tertanya,
Tapi obvious sangat aku masih berpegang pada belon yang sama walaupun sebanyak mana aku cuba deny-kan dekat orang lain. Cuma kadang kadang bila aku tertanya,
"belon ni akan pecah atau tak?"
Aku sendiri confius sama ada aku patut pegang lebih kuat atau lepaskan je sebelum pedih terkena letupan belon tu sendiri.
Kalaulah aku dapat tahu belon ni tak kan pecah, sumpah aku akan pegang belon ni sampai bila bila. Tapi cerita dia sekarang, sepatah haram pun aku tak tahu kondisi dia macam mana sebenarnya. So,
"Are you?"
#65
2232. 120716.
Muka bila sir baru hari ni post kerja yang nak kena buat, pastu besok dah kena share dalam kelas.
Plus.
Muka bila dah malam baru sampai bilik, pastu nak kena baca dulu topik tentang apa, pastu baru boleh buat kerja.
Plus.
Muka terpaksa.
#64 Try to not.
2035. 210516.
I try to not put any hopes on things that I want. Especially over intangible things. Quick and solid example; feelings. Instead of hoping, maybe I should just start doa-ing as well. Who knows. If it really means to be, then it will be kan (As long as you get an effort with doa-ing lah). If not, hurmm lets just get an ice cream to eat. Who cares.
#63 Dengs
0506. 130516.
Its already been 5 years by today. And we still get another 1.5 years to survive together. Lets cherish these moments with a lot of joyful tears and love guys!
#misipulauperhentian
#62 Let it go.
0653. 170416.
Rasanya dah sampai masa kot untuk aku lepas kan benda benda yang tak perlu. Lagi lagi benda yang mudah pecah :)
Thanks for being a part of my memories walaupun takdelah manis sangat tapi boleh tahan lah as long as aku boleh senyum sorang sorang hahah.
#61 Ubah
180316. 0700.
Sebab dalam banyak banyak benda dalam dunia, nak cuba ubah perangai yang dah terbiasa paling susah. Ottokaji?
Subscribe to:
Comments (Atom)













