#32 Tiada Tajuk -- Part 1

170115. 1642.
 

"Kau ni degil betul lah Ju" Aman bersuara. Lengan Jue ditarik sebelum sempat gadis berusia 13 tahun itu mengikut kepala akalnya sendiri.

"Woi apa pegang pegang ni" Julia merentap kembali tangannya.

"Kau dah gila ke?"

"Bukan gila. Nafsu."

"Ini kerja gila lah nama nya." kerutan di dahi Aman yang tua dua tahun daripada Julia jelas kelihatan.

"Aku tak kira. Nafsu nak makan manggis aku ni daripada tahun lepas lagi tahu tak." kali ni suara Julia separa tinggi. Bukan senang dia nak dapat ikut ibu dan ayahnya pulang ke kampong. Lagi lagi musim buah buahan macam ni.

"Nafsu tak nafsu. Tapi ni salah." suara Aman kali ni lebih tinggi dari suara Julia sebentar tadi.

"But why? Manggis bukannya haram pun."

"Tapi pokok yang kau nak panjat ni bukan nya pokok atok kau. Ni pokok Tok Dalang."

Julia tercengang. Seriously ini bukan atok punya pokok? "Huh?"

"Tu lah dah nak dekat setahun lebih tak balik kampong sampai semua pokok manggis pun kau assume itu atok kau punya eh?"

"Habis tu dusun atok yang mana?"

"Kita tak sampai lagi lah." Aman tersengih.

"Habis yang kau berhenti berjalan tadi apehal? Aku ingatkan dah sampai." Julia mencekak pinggangnya. Cakap pusing pusing ah mamat ni. Tak kan setahun tak jumpa dah pandai cakap bahasa asing. Tak faham aku.

"No. Kita kena patah balik rumah Nek Mah" Nek Mah merupakan nenek kesayangan Aman. Aman sanggup menghabiskan sisa hidupnya di kampong semata untuk menjaga Nek Mah. Lagipun Aman memang di asuh oleh Nek Mah dari kecil. Seperti Julia di asuh oleh Nek Yam iaitu neneknya dari kecil. Yang membezakan mereka, sewaktu Julia berumur 10 tahun dia sudah tinggal semula di rumahnya di Ipoh sedang Aman meneruskan hidupnya di kampong sehingga kini.

"Eee kali ni kenapa pulak?" Julia sudah menarik muka masam. Ringan saja rasanya tangannya mahu mencapai mana mana batu yang terdekat lalu melastik Aman yang berada di hadapannya ini.

"Seliper aku putus haa. Camana nak jalan. Jom jom balik." Aman menarik lengan Julia buat kali kedua.

Dan buat kedua kalinya Julia merentap lengannya daripada pegangan Aman. "Tak boleh pegang lah gila. Degil."

Eh eh aku pulak yang degil. "Kalau taknak aku pegang tangan tu, jom patah balik" arah Aman.

"Manggis macamana?"

"Besok aku beli kan lah kat tepi jalan besar sana. Menggelabah nak manggis sangat pun apehal" macam Aman tak tahu manggis itu memang buah kegemaran Julia.

"Nanti kau suruh bayar balik siap interest. Macam aku taktau perangai kau."

Hahah Aman tergelak besar. Julia ingat lagi rupanya perangai Aman yang satu ini."Takkk" jawap Aman ringkas bersama sisa gelak nya yang masih berbaki.

Masing masing sudah melangkah patah balik ke rumah Nek Mah. Disebabkan malas nak berjalan terhinjut hinjut, Aman mengambil keputusan untuk pulang berkaki ayam.

* * * * * * * * * *

"Macamana boleh putuih hang punya selipa tu Man?" Tanya Nek Mah yang sedang asyik memberi makan pada anak anak ayam.

"Selipa pun dah lama nek" balas Aman yang baru tiba di rumah neneknya.

Seperti biasa, Julia amat gemar main kejar kejar dengan anak ayam Nek Mah. Comel katanya. Suruh pegang, takut. Habis bertebaran semua anak ayam yang dikejarnya. Nek Mah hanya mampu tersengih sambil menggeleng kepala. Perangaii.

"Hang toksah duk kacau anak ayam tu nak makan. Lambat besarnya nanti, lambat hang dapat makan Ju oii" Nek Mah tergelak.

"Bukan selalu nek. Besok dah kena masuk hostel balik" tangan Nek Mah disalamnya.

"Seronok duk asrama? Takdak pulak hang teghiak (nangis) nak balik rumah ke apa?" bekas di tangan Nek Mah diletaknya ke atas tangga.

"Nak teghiak apa nek. Macam tak biasa." kalau dah nak dekat 10 tahun duk kampong, memang dah takde dah rasa homesick tu. Rindu memang ada. Tapi takde lah macam setengah kawan kawannya yang baru masuk sekali hari tu. Time makan nangis, time mandi nangis, time semayang tu mungkin dia khusyuk lah kot kan. Tapi yang paling pelik, time nak tidur pun nangis. Penat haish kalau doplohpat jam pun nak nangis.

"Sejak masuk sekolah asrama ni nek. Hati batu dia skang" sindir Aman yang sudah duduk ditepi tangga bersama Nek Mah dan Julia.

"Woi manada." selipar biru cair kepunyaannya di campak ke Aman.

"Haa tengok nek. Bukan setakat hati batu. Perangai pun makin jantan." Aman mengadu domba pada Nek Mah.

Julia dah mula menjeling tajam ke arah Aman. Kuangasam ah budak ni. Mentang mentang lama tak jumpa, suka ye kau menganjing aku.

Nek Mah yang asyik duk perhati Julia dan Aman bergaduh cuma mampu tergelak. "Hangpa kawen lah besar nanti. Dari kecik duk bertekak ja dua dua nak menang haa"

Julia menunding jari ke arah Aman kemudian membuat aksi konon konon mahu termuntah. Aman tersengih lebar. "Ju, kalau umur kau dah 24 tapi takdak orang nak lagi kita kahwin jom."

Julia hanya mampu ketawa besar. Lagi 11 tahun kot Aman oii. Anything can happen lah during that time. Hingus kat hidung aku ni pun tak tau nak lap ke tidak. "Gila." balas Julia pendek.

"Aku betul betul ni" Julia ni cantik. Tak macam aku yang budak kampong ni. Memang mustahil lah sebenarnya yang dia tak kan tidak berpunya dalam tempoh 11 tahun akan datang ni.Tapi saja Aman mahu mencuba nasib. Kot berjodoh, tidak kemana orang kata.

"Kalau aku takde boyfriend lah ye time tu." kalau dah ada, sila menangis tak berlagu lah Aman oii, sambung Julia dalam hati.

"Okay deal."

"Deal"

Bersambung...

#31 Kpop?

170115. 0913.
 
 
Sebab aku juga one of the kpopers hahah. Yup tapi bukan lah yang tegar sangat. Eh yeke? Boo buat diri sendiri. I am. But not so into them sangat lah. Yang mana yang suka tu suka jugak lah tak boleh nak buat apa.
 
Dan since satu Malaysia pun kecoh pasal video a girl or girls had been hugged and kissed by artis korea ni, makin galak semua orang duk menganjing itu ini. Nope. Aku menaip di sini bukan untuk back up adik adik kita tu. Ofcouse lah yang mana salah akan tetap salah. Siapa pulak aku ni nak suka hati tukar hukum Tuhan kan?
 
Tapi tolong lah berfikir secara logic atas musabab apa yang berlaku.
 
Okay. Adik adik tu dipeluk or dicium (sebenarnya aku tak tengok pun video yang diviralkan tu) whatsoever tu memang salah. Lagi lagi lelaki yang buat kan. Kalau setakat MongJi tu takpe lah kot sebab dia perempuan. Boleh kan perempuan peluk perempuan? Haa soalan mintak penampar sangat. 
 
Okey sekarang kes dia, yang memeluk tu lelaki. Korea pulak tu. Sebab tu kena hentam lebih. Tapi diorang tu tak tahu menahu pun hukum agama kita. Boleh ke tidak. Apa yang boleh apa yang tidak. Diorang tak tahu pun batas kita macam mana. So adik adik. You should be careful lah sepatutnya. Agak agak Nampak diorang macam nak hug awak, kasi flying kick satu. Pastu baru kasi flying kiss tapi dari jauh lah ye. Dari seat yang awak duduk time pergi concert diorang tu. Haa k hambar.
 
Tapi kita. Masyarakat kita. Kalau ada anasir kurang betul sikit je, laju je benda tu viral. Tak kira hati perasaan mereka yang terlibat pun. Apa ingat diri sendiri sudah cukup sempurna dan hanya sedang menunggu giliran untuk masuk ke syurga? Tidak beb. Kita pun ada masalahnya. Cuma thanks God orang lain tak nampak then rakam them viral kan biar semua orang menganjing. See. Sebab tu ada pepatah, berfikir sebelum bertindak. Bukan fikir untuk diri sendiri semata. Tapi untuk orang lain juga. Kata satu Malaysia. Buat lah gaya satu Malaysia sikit.
 
Nak viral sebagai pengajaran tu boleh. Memang boleh sangat. Tapi kalau yang memeluk pun jahil pasal agama dan tak tahu apa apa pun susah jugak.  
 
Cegah yang di dalam dulu baru yang diluar. Maksudnya kat sini. Artis kita yang sama sama Islam tapi berlakon tepuk tampar cium dahi salam salam tu yang sepatutnya dicegah dulu. And again. Bukan sebab aku back up kpop ke apa. Cuma betul apa. Make sense kot. Sesama Islam berlakon boleh pulak. Ni yang NON Muslim, tak boleh. Apehal pun macam tu hahah.
 
Lain lah yang berlakon tu Aeril Zafrel dengan Wawa Zainal. Kalau macam tu takpe lah nak buat aksi salam salam selamat hari raya. Ni tidak. Yang memegang watak hero, suami entah siapa siapa. Yang memegang watak heroin, isteri entah siapa siapa. Kalau aku, jeles kot ada orang pegang suami aku. Professional tak professional. Once dia aku punya, yang lain boleh pergi cari orang lain. Shuhh.
 
Apakah reason berlakon tu boleh dijadikan lesen untuk menghalalkan sesuatu yang haram?
 
Hahah gaya tulis macam marah kan? Tak ini bukan marah. Ini nasihat.
 
Alang alang dah masuk topic ni kan. Walaupun korang tak nak amek tahu tentang apa yang aku suka dan nak bagitahu lepas ni, aku nak bagitahu jugakkk. Blog aku kot. Kecoh pehal. 
 
 
 2AM
 
 2PM
 
GOT7
 
Haa obvious gila kan JYP Nation hahah. Kalau girl group suka Apink sebab diorang tu dork gila.
 
 Apink
 
Sebenarnya aku sendiri tak percaya aku akan post benda benda mengarut ni hahah biarlah as long as you love me gituw.


#30 2015

060115. 1611.


Annyeong 2014.

Terima kasih untuk dua belas bulan yang penuh turun naik.

Suka duka.

Jatuh bangun.

Tidak lupa juga terima kasih untuk satu lagi tahun pengharapan.


090105.
Paper last final -- MacroEconomics.
Doa doa kan.