#23 Ikang.

27 October 2014. 1248.


Teringat pesan budak man time dinner dekat rumah balik raya haji hari tu,

"Jadi kan diri kita sendiri ni macam ikan kembung. Walaupun murah, tapi semua jenis masakan pun boleh masuk. Berguna."

Cakap pasal ikan ni teringat pulak abah cakap,

"Along dedulu asyik makan ikan je. Orang lain makan dua ekor, dia makan lima ekor."

LOL.

#22 Cry Hard.

24 October 2014. 1005.


Bila mana. 
Apabila kita yang tersepit. 
Mereka yang hulur tangan sebagai korban.
Sememang nya dalam sedar mahupun tidak.
Pengorbanan mereka lebih besar.
Lebih.
Dari setiap apa yang ada.
Dari setiap apa yang kita jangka kan.
Dan lebih.
Dari setiap apa yang kita bayang kan.

Dan juga di saat mata terlalu kering.
Pedih tanpa kehadiran air mata.
Pedih kerana terlalu lama tidak di basahi air mata.
Pengorbanan mereka lah penawar nya.

Terima kasih untuk hari ini.
Terima kasih untuk semalam.
Terima kasih untuk besok hari. 
Dan terima kasih. Ibu Abah.

#21 Tentera.

1027. 181014.


Throw few years back.

Zaman pernah bercita cita nak jadi tentera. Tak kisah udara darat mahupun laut.

Satu. Sebab suka tengok orang pakai uniform kemas kemas rasa macam smart gila.

Dua. Sebab dari kecik terdedah dengan mindset hanya mereka sahaja yang berkhidmat untuk negara dari segi kesejahteraan keamanan dan lain lain.

Tiga. Sebab suka sangat tengok movies perang perang hahah. Terrrlalu suka cerita lawan lawan. Terlalu k terlalu sangat.

#20 The Day.

Abaikan tarikh yang tertera.

0009. 13 Oktober yang sebenarnya tika ini.

Sebab midsem break berlalu begitu sahaja tanpa toleh kiri kanan. Maka nya, selamat membina semula keyakinan diri. Bina semula semangat baru. Harapan baru. Tekad baru. Mahupun azam baru.

Walaupun kebiasaannya hanya sekadar hangat hangat tahi ayam.

Biar. Asalkan punya semangat.


Dan ini lah hari nya. 

#19 Dua Tahun.

1242. 3 Oktober 2014.

Sebab malam tadi mimpi sesuatu.


Dan sebab oktober ini jugak dah masuk tahun kedua berkaitan dengan mimpi malam tadi.