#18 Beca is INFJ.

BFAST dah habis. Disebabkan STEADFAST lah aku baru tahu tentang ni. Makasih yaa kalian.

Mahu terkejut atau tidak, aku duduk dalam golongan 1.5% of general population. Rare tak rare jugak rupa nya aku ni hahah.


Sebab masih dalam mood excited sebab secara scientific nya masuk dalam golongan cam ni. Jadi mana mana manusia yang nak kaji aku secara overall boleh lah baca je INFJ fact ni dari satu sampai tigaploh. Sebijik sume sama je dengan diri aku. Budak rare kan hahah.

















Paling suka sekali fact #10. Especially written engkauu hahah.

Lain lain boleh baca dekat sini.

#17 Menyesal.

1658. 28 September 2014.


Sebab selalu menyesal dengan diri sendiri. Atas sebab, apa yang berlaku. Mahupun apa yang terlepas. Paling menyesal bila dah sampai depan mata pun tak nampak. Siap bukak peluang untuk orang lain lagi tu. Peluang masa depan yang lebih cerah. Menyesal kemudian tidak berguna orang kata. Let bygone be bygone saja lah. 

Mari terus berfikir secara positif. Berhikmah semua ini.

#16 Merata.

1647. 27 September 2014.


Ada orang jenis nya yang bersungguh waktu bercakap. Bila disuruh buat, keluar seribu satu alasan.

Ada jugak yang bersungguh sungguh tekad tapi akhirnya sekadar menjadi nekad.

Ada yang semangat pada awal nya tapi tak sampai separuh jalan dah lemau bukan main.

Jenis yang bersungguh buat pilihan tapi tak nak berkorban pun ada jugak. 

Entah di mana hilang nya aplikasi ilmu choices dengan opportunity cost.

Sia sia belajar.

Merata.



#15 Eksaited.

19 September. 1013.


Yeayy!

#14 Hujan Part 2

18 September. 2352.


30 minit sebelum waktu start menulis.

Lepas puas jari menari nari di meja. Plus tenungan kosong di dinding. Laju getah rambut kepunyaan Achik yang berjaya dirembat awal tahun hari tu di capai. Malam ni ikat saja lah. Malas nak pakai 'ketam' sejak gigi dia terpatah sebatang. Ni rambut ke dawai gamak nya pfftt.

Ikat satu. Ikat dua. Ikat tiga. Ketat. Tarik rambut yang dah jadi ponnytail kasi bagi lagi ketat sebab takut getah yang dah loose tu tercicir kat memana jap gi. Hairbangs diperkemaskan. Sebab tu suka potong rambut layer. Sebab suka hairbangs. Mungkin sebab dari kecik ber hairbangs kot. Puih.

Handphone yang dari tadi duk berbunyi menandakan pelbagai wassap yang masuk sejak dari tadi pula di capai. Group wassap memang malas terus nak bukak. 

"Weh. Besok petang free?" wassap Nureen dari mahallah seberang memulakan bicara.
"Not sure. Asal?"
"Tgv yuk."
"Nanti inform balik. Nak teman Auchni gi cari tiket balik raya haji"
"Arasso"

"Beb" kali ini aku pula yang memulakan rentak bicara baru.
"?"
"Apsal eh aku tiba tiba rasa nak nangis?"
"Kau dah kenapa? Tamo sedih2 adik maniss - bangla jual karpet."
"Hahah amboi sejak bila pulak kau meniaga karpet ni. Yang paling penting sejak bila jadi bangla?"
"Hahah kau okey tak? Soalan serius ni."
"Okayy tapi kadang2 rasa malas nak cakap"

Air dalam botol 1.2L diteguk. Haus.

"Kenapa nak nangis?"
"Entah tho. Hati gundah gulana. Banyak sangat gelak kot. Reason dah lama tak menangis boleh di guna pakai dak?"
"Hmm boleh je terima pakai"

Aku nampak dia duk typing... Lama. Karangan apakah yang cuba di lorek kan agaknya.

"Well sometimes we need to spend time for ourself alone. Macam Qiam ke. Bagi muhasabah sikit. Kot2 kau boleh nangis nanti konfem lega woiii. Aku selalu buat"
"Weh matured nya ayat ko. Sobs sobs"

Kalau ada emoji kuar hingus memang aku dah kasi dah satu line kat Nureen ni.

"Setan tengah kacau kau lah tu"

Aku pandang kiri kanan. Acah acah boleh nampak setan. Kasi jeling maut sikit. Ceit. Haish setan ni haish. Shuh shuh.

"Apa apa story ah kat aku mueheh. Nangis je. Tak salah pun."
"Thanks weh. Ni pun dah kira luahan perasaan just aku sendiri je taktau exact reason pasaipa nak nangis tu"
"Faham. Aku selalu cenggitu gak."
"Hahah thanks beb. Love you memuah. Sayang gila kau. Serius tak tipu."
"Hahaha"
"Pehh tiba tiba rasa nak update blog doh"
"Nak update blog kena bagitau aku ke? Lulz" 
"Kahkah"

Jap gi jap gi jelah update blog. Angin kuat. Macam dah nampak kilat. Best nya hujan. Lagi lagi hujan lebat.

30 minit later...

Hamek kau hujan lebat siot. Habis satu hal pulak kena bilas lagi sekali tudung yang jatuh kat ampaian.

--KerusiBeca.

(after di tokok tambah beberapa ayat lain dalam perbualan dengan Nureen sebentar tadi. hihih. Takut nak buat hihih banyak kali sebab terbanyang hantu mengilai hiiihihihihiiii. Hahahahah buat jugak mengada gilak.)

AKU SAYANG SIOT NUREEN.


#13 Bye.

2254.

Mungkin in few hours. Entah lah. Tak tahu langsung exact time atau apa apa.


Semoga. Baik baik sahaja pinta nya.


Bye.




#12 Hantaran

15 September. 1607. Baru balik kelas.


Kalau perempuan yang accident jatuh motor siap dengan pakej parut sana sini, orang mesti cakap "Habis lah kurang duit hantaran nanti".

Tapi macamana kalau bakal sang suami pun berparut sana sini akibat accident motor juga?

Akan berkurangkah duit hantaran since dua dua pun mengalami kecelakaan yang lebih kurang sama?

Hahah cuma tertanya. Macam lawak pun ada.

#11 Sama.

1714. Masih di tarikh yang sama.


Kelas pertama di tarikh yang sama. Setelah sekian lama.



#10 Sekejap

11 September 2014. 1613.


Dua ke tiga bulan lepas, aku punya happy bahagia tak ubah macam anime rambut hijau ni ber backdrop kan bling bling kaler oren.

Next week, dah yang macam backdrop biru T.T

Sekejap sangat.

#9 Tidur.

2154.


Blog ni dah tak jadi coretan tengah malam. Sebab sejak masuk sem baru ni asyik tidur awal. Baring. Tutup mata. Terus tertidur. Sedar sedar dah siang kelam kelibut nak pergi kelas je hahah.

#8 Jangan

10 September 2014. 2140.

Cantik pulak aku tengok 2014 dengan pukul 2140 tu hahah.


Dalam sedar atau tidak. Memang wujud orang macam ni. Take advantange of someone. Memang ada. Aku harap mohon di buang lah sikap tu. Sebab aku sayang kau. Jangan di buat musuh sesama kawan beb. Jangan. 

#7 Expectation.

Dulu aku pernah post pasal expectation dekat blog hati garam. Tapi tu pasal action manusia pada orang lain. Laa ni aku nak tulis pasal expectation pada bukan manusia pulak.

3 Sept. 0156.

Baru lepas check result short sem.

Walaupun result satu subject tu memuaskan hati. Tapi nilai terkumpul tu tak naik banyak macam yang dijangka pun.      

Sedih beb sedih.

Tapi redha itu perlu walau apa pun berlaku.

Alhamdulillah.

Dan aku tak tahu kenapa aku senyum bila dengar suara Seulong dalam lagu One Spring Day ni hahah. Kau ingat boleh buat ubat luka di hati ke dengan cara replay lagu tu. Pfft.