#29 Worth?

21 December 2014


Mungkin kah It'll be worth the wait?

Dah dua tahun kot.


#28 Pure

6 Disember 2014 -- 1414


Kasi throwback sikit cerita minggu lepas. Walaupun sedih tak dapat balik acu kahwin.

29 November 2014.

"One Day with The Children of Orang Asli"

CCLM -- 34 (termasuk yang kat tangga)

Yang pasti. Sampai sampai je, semua orang blur. Kerana apa?

Satu. Ada ke patut tok dalang tu haa sbenanya aku tak ingat ketua kampung orang asli panggil apa hahah. Ok sambung. Ada ke patut tok dalang tu suruh kitorang yang panggil sendiri semua kanak kanak. Yup panggil sendiri tu including gerak adik adik bangun tidur. (Tok Batin weh bukan Tok Dalang)

Dua. Tiba tiba muncul pak ustaz yang berdakwah secara bebas kat sana kasi dakwah sepatah dua kata kat kitorang yang baru lepas blur tak tahu nak buat camana. K takpe tak kisah pun.


Maka bertebaran lah kami ke pelosok kampung mencari kanak kanak yang sudah bangun mahupun yang sedang menonton Ben10. Maklumlah. Sabtu pagi kot. Banyak cerita kartun best best.


Adik beradik pertama yang berjaya di panggil, Adik Asmawi yang baju hitam (aku syak mak dia layan AF time Mawi World dulu) & yang baju merah tu haa aku lupa nama apa hahah nanti ah update balik kalau dah ingat. K dah ingat. Khairi.



Haa lepas dah kumpul kumpul mana yang ada tu, maka kami pun breakfast lah roti canai secara berjemaah. Yup. Kami datang bersama perut kosong termasuk lah adik adik ni. Bila kita tanya, dah breakfast?

"Belum"
"Dah. Makan biskut je"

Omoo sedih sangat. Nah hari ni kitorang belanja roti canai. Sila gembira. Sila.


Dah get ready duduk dalam bulatan, maka aku pun duduk lah sebelah sorang budak ni. Perut dah berbunyi ni. Makin berbunyi bila budak sebelah ni duk cubit roti canai masuk mulut. Haa jelas kelihatan muka tenung roti canai sampai tembus kat situ hahah.

Dan macam biasa lah sebelum makan mesti kena baca doa kan. Maka laju aku suruh budak sebelah ni jangan makan lagi.

"Eh dikk. Baca doa sesama dulu"
"Saya kristian ah kak"

Oh okay sila makan. 

Bila disembang sembang baru tahu nama dia Luis. Bukan nya Luqman mahupun Lu yang lain dalam nama Islam. Okayy.

Mungkin lepas si ibu mahupun si bapa yang lain lain tahu ada makan free untuk budak budak, maka ramai lah kanak kanak yang turun lepas tu. Ramai sampai habis jua semua roti canai. Tepuk tangan sikit.


Kecik kecik je kan semua. Tolong lah makan bebanyak adik adik. Semoga membesar dengan sihat lah hendaknya.

Agak agak semua dah tak perut kosong dah boleh aktif kan diri memasing. Kita PAPAYA DANCE lah se das hahah. Kasi longgar skru kaki tangan kang ada yang cramp tetiba pulak kang payah pulak nak keluarkan ilmu PBSM zaman sekolah yang kuat ponteng time COCO ni.

Time main bowling botol air. Lawak sangat si adik ketiga Mawi nama Adam. Dia orang first yang berjaya jatuh kan semua botol. Muka puas hati dia tu memang buat semua orang ketawa. Comel sangat muka determined dia.

Pastu budak budak ni main bola sepak tapi time tu aku sendiri tak ingat aku tengah buat apa.


Cari gula gula dalam tepung.


And finally pertandingan melukis mewarna.


Time semua adik adik ni duk melukis apa semua. Ada sorang adik kecik ni dia pegang crayon sebatang dengan kertas kosong. Maka aku pun duduk lah dengan adik ni.

"Kenapa tak lukis apa apa?"
"Tak pandai"
"Meh akak ajar camana nak lukis bunga"

Aku suruh dia pegang tangan aku sambil aku lukis kan bunga yang mudah mudah je. Lepas aku lepas, aku suruh dia try lukis sendiri. Haa bijak nya cepat nya belajar. Tapi problem dia satu je lepas tu. Habis je lukis sekuntum bunga tu sendiri, dia dah tak lukis apa apa dah. Dengan alasan, tak pandai juga. 

Tapi disebabkan kesian nak tinggal kan adik tu sensorang nak lukis tu tak pandai ini pun tak pandai. Yang pandai hanya sekuntum bunga berkelopak lima yang baru aku ajar 10 saat yang lalu, maka aku pun offer kan diri lah nak tolong lukis kan apa apa.

"Haa okay. Lagi adik nak akak lukis apa? Akak pandai lukis" 
betapa riaknya aku waktu tu.

"Angry bird" 
sebab suara perlahan sgt jadi aku suruh dia ulang lagi sekali.

"Apa dia? Kuat sikit dikk" 

"Angry bird" 
kuat senoktah lah suara nya daripada tadi.

Gulp.

Tapi yang paling kuat, suara akak yang jadi pemantau aktiviti kitorang time tu ketawa siap pukul pukul aku. Boleh pulak time aku tengah tanya adik tu, dia duduk sekaki.

"Haa cepat kakak lukis angry bird" ketawa tak henti.

Ceh gila.


Tolong lah tepuk tangan sikit pas tengok angry bird cuba cuba jaya aku hahah.
Tak lupa juga makan aiskrim secara berjemaah. Ais krim free of course. Penyampaian hadiah. Dan tangkap gambar secara berjemaah.




Dan akhir sekali, gotong royong sedikit sebanyak lepas semua adik adik dah balik rumah masing masing.


Walaupun muka dua kali ganda hitam sunburn apa semua, kepuasan tetap ada. Kalau takde, tak rajin lah nak cerita kan.

Walaupun sebenarnya sedih tak dapat balik acu kahwin, at least gembira sebab ada kat sini.

Berhikmah.

#27 Submission.

25 November 2014. 1242.


Kerana pertengahan November itu memang minggu submission itu ini mahupun presentation begitu begini.

Berhenti mengeluh kerana kekangan waktu di hujung tanduk.

Kerana apa?

Kerana diri sendiri yang meletakkannya di hujung tanduk.

Tanpa sedar mahupun dengan sedar.

Secara sengaja mahupun tak sengaja.

Semoga terus kuat.

Menempuhi pertengahan November.

#26 Tapi.

18 November 2014. 2327.


TAPI. 

Pendek tapi PADAT nya Mashaa Allah. Maksud nya camana tu? Macam ni contohnya,

"Aku nak mintak tolong dia tapi japgi rasa bersalah pulak" mahupun "Aku dah usaha tapi kenapa masih gagal?"

Mungkin. Sebenarnyaa... Ahh takde mungkin mungkin. Berhenti sedapkan hati sendiri.

Itu semua maksud nya ALASAN. 

'TAPI' ITU ALASAN!

Benci diri sendiri bila mula sebut perkataan TAPI. Kau boleh je buat TAPI tak cukup kuat macam yang lain lain. 

Tak cukup kuat dari segi USAHA. Dari segi DOA.

Sudah sudah bina alasan buat diri sendiri. Terima kesalahan diri sendiri.

MOVE ON lah tolong.

Menangis.

#25 Bermuka.

14 November 2014. 2257.


Selain manusia yang tak tahu erti punctuality, aku paling benci manusia jenis bermuka ni. Tak payah ahh beria nak pongpangpongpang marah orang and even worse curse them gaya kau bagus sangat kalau tak sampai doplohpat jam pastu kau pulak yang buat. Tak payah weh tak payah. Annoyed tahu? Rasa nak tampar.



#24 Delioszo Chocolocco


Craving something sweet while study? Before study? Or after study?
Let's buy our CHOCOLOCCO now! Only RM4 per box.

Contact us Delioszo Sdn Bhd:
Mahallah Safiyyah // Madihah : 0189108401
Mahallah Nusaibah & Sumayyah // Ilyani : 0139006513
Mahallah Asiah, Aminah, Hafsa, Asma, Ruqaiyah mahupun Maryam // Fatini : 0194712652 atau Auni : 0134636090

#23 Ikang.

27 October 2014. 1248.


Teringat pesan budak man time dinner dekat rumah balik raya haji hari tu,

"Jadi kan diri kita sendiri ni macam ikan kembung. Walaupun murah, tapi semua jenis masakan pun boleh masuk. Berguna."

Cakap pasal ikan ni teringat pulak abah cakap,

"Along dedulu asyik makan ikan je. Orang lain makan dua ekor, dia makan lima ekor."

LOL.

#22 Cry Hard.

24 October 2014. 1005.


Bila mana. 
Apabila kita yang tersepit. 
Mereka yang hulur tangan sebagai korban.
Sememang nya dalam sedar mahupun tidak.
Pengorbanan mereka lebih besar.
Lebih.
Dari setiap apa yang ada.
Dari setiap apa yang kita jangka kan.
Dan lebih.
Dari setiap apa yang kita bayang kan.

Dan juga di saat mata terlalu kering.
Pedih tanpa kehadiran air mata.
Pedih kerana terlalu lama tidak di basahi air mata.
Pengorbanan mereka lah penawar nya.

Terima kasih untuk hari ini.
Terima kasih untuk semalam.
Terima kasih untuk besok hari. 
Dan terima kasih. Ibu Abah.

#21 Tentera.

1027. 181014.


Throw few years back.

Zaman pernah bercita cita nak jadi tentera. Tak kisah udara darat mahupun laut.

Satu. Sebab suka tengok orang pakai uniform kemas kemas rasa macam smart gila.

Dua. Sebab dari kecik terdedah dengan mindset hanya mereka sahaja yang berkhidmat untuk negara dari segi kesejahteraan keamanan dan lain lain.

Tiga. Sebab suka sangat tengok movies perang perang hahah. Terrrlalu suka cerita lawan lawan. Terlalu k terlalu sangat.

#20 The Day.

Abaikan tarikh yang tertera.

0009. 13 Oktober yang sebenarnya tika ini.

Sebab midsem break berlalu begitu sahaja tanpa toleh kiri kanan. Maka nya, selamat membina semula keyakinan diri. Bina semula semangat baru. Harapan baru. Tekad baru. Mahupun azam baru.

Walaupun kebiasaannya hanya sekadar hangat hangat tahi ayam.

Biar. Asalkan punya semangat.


Dan ini lah hari nya. 

#19 Dua Tahun.

1242. 3 Oktober 2014.

Sebab malam tadi mimpi sesuatu.


Dan sebab oktober ini jugak dah masuk tahun kedua berkaitan dengan mimpi malam tadi.



#18 Beca is INFJ.

BFAST dah habis. Disebabkan STEADFAST lah aku baru tahu tentang ni. Makasih yaa kalian.

Mahu terkejut atau tidak, aku duduk dalam golongan 1.5% of general population. Rare tak rare jugak rupa nya aku ni hahah.


Sebab masih dalam mood excited sebab secara scientific nya masuk dalam golongan cam ni. Jadi mana mana manusia yang nak kaji aku secara overall boleh lah baca je INFJ fact ni dari satu sampai tigaploh. Sebijik sume sama je dengan diri aku. Budak rare kan hahah.

















Paling suka sekali fact #10. Especially written engkauu hahah.

Lain lain boleh baca dekat sini.